Muat Turun Panduan Pdf
1.Tanggungjawab Penyelaras Syarikat
Log masuk ke dalam akaun syarikat Akademi Dalam Industri di adi.gov.my. Penyelaras syarikat bertanggungjawab mengisi profil lengkap dan memastikan akaun sentiasa dikemaskini.
2.Personal Pusat Latihan
Personel daripada Pusat Latihan perlu didaftarkan dibawah syarikat Akademi Dalam Industri.
PUSAT LATIHAN TIDAK PERLU DAFTAR AKAUN SYARIKAT SENDIRI.
3.Daftar Personel
Penyelaras syarikat perlu mendaftarkan pembimbing, pengajar, penyelaras pusat latihan (jika ada) syarikat anda.
Pastikan maklumat personel betul dan lengkap. Selepas sijil Kursus Induksi dijana, personel TIDAK BOLEH mengemaskini maklumat.
4.Akaun e-Learning
Sistem e-Learning akan automatik cipta akaun semua personel dan semua personel akan menerima 2 emel makluman.
5.Jangan Panik
Sekiranya anda tidak menerima 2 emel ini, mohon semak SPAM box anda dan tekan restore to inbox untuk membolehkan anda tekan pautan yang diberikan.
6.Emel e-Learning
Sekiranya tiada dalam SPAM box, anda dikehendaki tunggu sekurang-kurangnya 30 minit sebelum MENGHANTAR EMEL kepada pegawai sokongan Akademi Dalam Industri untuk bantuan di bahagian Hubungi Kami (elearning.adi.gov.my).
Pegawai sokongan Akademi Dalam Industri akan MENGHANTAR EMEL yang baru kepada anda setelah menerima maklumbalas.
7.Log Masuk Akaun e-Learning
Tekan pautan yang telah diterima melalui emel / log masuk melalui Portal ADI / layari elearning.adi.gov.my untuk log masuk menggunakan maklumat yang telah didapati dalam emel yang diterima.
8.Kursus
Personel boleh mula menjalani kursus mengikut peranan yg telah didaftarkan. Setelah selesai menjawab kursus wajib, personel juga boleh menjalani kursus peranan yang lain.
9.Tanda Selesai
Pastikan personel menandakan selesai bagi setiap modul yang ada.
10.Kuiz
Personel perlu melepasi 60% markah bagi setiap Kuiz Umum dan Kuiz Peranan.
Tiada had limit bagi pengulangan kuiz sekiranya gagal.
11.Status Kursus Induksi
Sekiranya berjaya, status Kursus Induksi di Portal ADI dan e-Learning akan automatik bertukar.
12.Status Tidak Berubah
Sekiranya status di Portal ADI masih belum bertukar, personel boleh memuatnaik sendiri sijil yang telah didapati daripada Portal e-Learning / hubungi PIC syarikat / MENGHANTAR EMEL ke pegawai sokongan Akademi Dalam Industri untuk bantuan di bahagian Hubungi Kami (elearning.adi.gov.my).
13.Sijil
Personel boleh memuat turun sijil melalui emel yang diterima / ikon sijil di Portal e-Learning / bahagian Sijil Kursus di Portal ADI.
14.Personel Berhenti Kerja/Bertukar Syarikat
Sekiranya personel anda berhenti kerja atau bertukar ke syarikat Akademi Dalam Industri yang lain, mohon maklumkan kepada PIC syarikat atau MENGHANTAR EMEL kepada pegawai sokongan Akademi Dalam Industri melalui bahagian Hubungi Kami di portal e-Learning.
Muat Turun Panduan Pdf