Profil anda boleh dikemaskini dengan dua cara:
1. Melalui Portal Akademi Dalam Industri
Anda perlu meminta syarikat anda untuk mengemaskini profil anda dengan log masuk menggunakan maklumat akaun syarikat di portal ADI. Apabila syarikat anda mengemaskini maklumat (kecuali nombor kad pengenalan) di portal tersebut, profil e-Learning ADI anda akan dikemaskini secara masa nyata.
2. Melalui Permintaan kepada Pegawai e-Learning Akademi Dalam Industri
Anda juga boleh menghubungi pegawai kami untuk membuat permintaan kemaskini. Sila klik di sini untuk mendapatkan bantuan daripada pegawai kami.